Jerebu: Serian catat IPU sangat tidak sihat pagi ini

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat iaitu 218, setakat 8.00 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sembilan kawasan di Sarawak dan satu di Melaka turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan Kuching mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 195, diikuti Samarahan (188), Bintulu (170), Sri Aman (168) dan Samalaju (163).

Sibu dan Sarikei masing-masing merekodkan bacaan 158, manakala Mukah (151), Bukit Rambai di Melaka (118) dan Miri (114).

Sementara itu, sebanyak 50 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. – Bernama

Jerebu: Sekolah di Serian ditutup esok

KUCHING: Semua sekolah di Daerah Serian ditutup sementara esok, susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melepasi 201 malam ini. Jabatan