Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jepun keluar amaran gunung berapi mungkin meletus
  • GLOBAL

Jepun keluar amaran gunung berapi mungkin meletus

Utusan Sarawak 1 month ago

Kepulan asap yang naik dari kawah Gunung Shinmoedake di pergunungan Kirishima di wilayah Kagoshima di pulau Kyushu, selatan Jepun Kyushu pada 11 Oktober 2017. - Foto AFP

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan amaran peringkat pertengahan hari ini bagi gunung berapi di wilayah barat daya Kyushu, memberitahu orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan dan letusan “mungkin berlaku”.

Bagaimanapun, tiada arahan pemindahan untuk penduduk tempatan berhampiran gunung berapi Shinmoedake, sebahagian daripada gugusan Kirishimayama.

“Amaran gunung berapi dikeluarkan untuk Kirishimayama (Shinmoedake) (berhampiran kawah) (Amaran gunung berapi Tahap 3: Jangan mendekati gunung berapi). Letusan mungkin berlaku.

“Ikut arahan kerajaan tempatan dan jauhi kawasan berbahaya,” kata agensi pengurusan bencana di X.

Jepun mempunyai banyak gunung berapi aktif dan terletak di kawasan yang dipanggil “Lingkaran Api” Pasifik, di mana sebahagian besar gempa bumi dan letusan gunung berapi di dunia direkodkan. – AFP

Continue Reading

Previous: Gempa susulan melanda Myanmar ketika penyelamat mencari mangsa terselamat
Next: Myanmar dilanda gempa susulan lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.