Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Jengkaut terbakar awal pagi di Kota Samarahan
  • KEBAKARAN

Jengkaut terbakar awal pagi di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JENGKAUT yang terbakar di sekitar jalan Kampung Melayu.

KOTA SAMARAHAN: Sebuah jengkaut musnah terbakar sepenuhnya dalam satu kejadian awal pagi tadi di tepi Jalan Kampung Melayu, di sini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 3.01 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai.

Komander Operasi, PBK I Lydia Sarkawi, berkata sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah jengkaut terbakar sepenuhnya di bahu jalan.

“Tindakan pemadaman segera dilakukan menggunakan satu aliran hos reel bagi mengawal dan memadam kebakaran sepenuhnya.

“Kebakaran berjaya dikawal 3.40 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.05 pagi selepas kerja-kerja overhaul dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lydia Sarkawi turut mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam insiden tersebut. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, dan kes kini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi pemadaman, katanya, melibatkan lapan anggota bersama dua aset iaitu sebuah jentera FRT dan satu unit EMRS.

Oleh Masrin Affirah

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kedai alat ganti kereta terbakar 40 peratus di Jalan Chong Choon, Miri
Next: Empat keluarga terjejas dalam kebakaran di Kampung Sungai Pegei, Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.