Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • JENDELA: 839 lokasi dipasang BWA
  • ADVERTORIAL

JENDELA: 839 lokasi dipasang BWA

Utusan Sarawak 3 years ago

MERIAH… Keluarga Malaysia melintasi laluan Persiaran Perdana dengan suasana keceriaan dihiasi Jalur Gemilang sekitar Presint 3 sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini. Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dapat dirasai seluruh Keluarga Malaysia dengan kibaran megah Jalur Gemilang yang menyemarakkan lagi semangat kebersamaaan kita sejajar dengan tema #KeluargaMalaysia Teguh Bersama. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pencapaian sambungan Internet menggunakan teknologi satelit telah mencapai sasaran penuh yang mana 839 lokasi jalur lebar tanpa wayar (BWA) telah siap dipasang.

Pemasangan tersebut membolehkan penyediaan liputan jalur lebar khususnya di kawasan pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak serta di perkampungan Orang Asli.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata, masih terdapat kira-kira 1,400 lokasi BWA yang memerlukan perkhidmatan BWA.

“Dalam pada itu kementerian telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Khas Penyeragaman Kos, Caj dan Fi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi di negeri-negeri bagi menangani caj dan fi yang tidak seragam yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Penubuhan jawatankuasa ini akan memastikan kelancaran dan kelangsungan projek pembangunan infrastruktur komunikasi di sesebuah kawasan, selain daripada memberi galakan kepada pihak penyedia perkhidmatan untuk meningkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur komunikasi secara menyeluruh.

“Ini sekali gus dapat meningkatkan kesalinghubungan jalur lebar di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya pada sidang media hari ini selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), semalam.

Beliau menjelaskan lagi bahawa K-KOMM akan cuba menyeragamkan dan menyelaraskan beberapa peraturan terutamanya berkaitan dengan penyeragaman kos, caj dan fi yang pada masa kini berbeza antara sesebuah negeri.

“Malahan, dalam negeri-negeri yang sama, terdapat  PBT yang menggunakan syarat dan caj yang berbeza-beza,” jelas beliau.

Berdasarkan taklimat Jawatankuasa Pemandu tersebut, pelaksanaan JENDELA pada suku kedua 2022 menunjukkan hasil yang memberangsangkan dan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran penuh Fasa 1 JENDELA.

Sementara itu, Annuar turut memaklumkan bahawa pihak K-KOMM telah memulakan pelaksanaan projek titik kehadiran atau Point-of-Presence (PoP) dan berharap mendapat kerjasama PBT dalam memastikan kelancaran projek tersebut.

Terdahulu dilaporkan bahawa kerajaan sedang memasang hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di 700 sekolah luar bandar di Sabah bagi memberi jaminan kestabilan perkhidmatan Internet jalur lebar kepada penduduk negeri itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: K-KOMM tumpu tiga aspek utama jadikan Malaysia hab ICT
Next: Persiapan Hari Kebangsaan berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.