Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jenazah pasangan warga emas mangsa bunuh dikebumi dalam satu liang lahad
  • JENAYAH

Jenazah pasangan warga emas mangsa bunuh dikebumi dalam satu liang lahad

Utusan Sarawak 1 year ago
JENAZAH pasangan warga emas yang maut akibat dibunuh anak kandung di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala bagi urusan penkebumian. Pasangan suami isteri warga emas ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan malam kelmarin. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jenazah pasangan warga emas yang mati dibunuh anak lelaki mereka semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala di sini, malam tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham  Agus Omar, 82, dan Allahyarham Darlisma Nyatu Salleh, 72, dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah di sini sebelum tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 9.15 malam.

Seramai kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara dan jiran hadir ke pengebumian berkenaan yang selesai 9.40 malam.

Dalam kejadian sekitar 8.00 malam itu, pasangan suami isteri berkenaan ditemukan terbaring  berlumuran darah di ruang tamu mereka di Kampung Sungai Penchala, akibat ditikam berkali-kali oleh anak lelakinya yang berusia 42 tahun.

Lelaki itu yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira 10.30 malam yang sama di Terowong Penchala Lebuhraya Sprint menghala ke bandar raya ini.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif tiga jenis dadah selain mempunyai sembilan rekod janayah lampau membabitkan dadah.

Suspek diremah selama tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki bunuh ibu bapa direman seminggu
Next: Kes Zayn Rayyan: Polis ambil 228 DNA penduduk Apartment Idaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.