KUCHING: Selain membantu keluarga yang memerlukan di Daerah Kuching, Hope Place Kuching juga mempunyai projek amal untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU), orang tua dan ibu tunggal yang ditinggalkan dengan ramai anak yang masih bersekolah selama satu tahun di Daerah Lingga dan Lubok Antu.
Hope Place telah memuatkan bantuan makanan untuk keluarga yang memerlukan pada Khamis petang dan awal pagi Jumaat meneruskan perjalanan ke Lubok Antu.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Tay Motor kerana menaja pengangkutan sekali gus melancarkan urusan projek amal ini.
“Kami mengambil masa lebih empat setengah jam untuk sampai ke rumah panjang dan perjuangan ini memerlukan 3 hari untuk menyampaikan barangan asas berupa makanan kepada keluarga yang memerlukan.”
“Oleh kerana sekarang kita masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), maka buat sementara waktu, Hope Place tidak akan menerima barangan terpakai.”
Hope Place kini membantu lebih dartipada 190 keluarga yang memerlukan..
Untuk maklumat lanjut, Hope Place boleh dihubungi di talian 013- 567 2775. Waktu beroperasi adalah dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, setiap Isnin hingga Jumaat dan 8.45 pagi hingga 12.00 tengah hari pada Sabtu.
Orang ramai yang berminat untuk membuat sumbangan boleh salurkan ke akaun Maybank 5112-8900-1160, Persatuan Kebajikan Harapan Kuching.