SIMUNJAN: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Simunjan melakukan operasi sanitasi awam di tiga premis makanan di Pekan Simunjan, semalam.
Tiga lokasi premis yang dinyahcemar ialah Gerai Baru Majlis Daerah Simunjan, Medan Selera Simunjan dan Market Lama Majlis Daerah Simunjan.
Tujuan operasi tersebut diadakan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan penularan wabak Covid-19 di Daerah Simunjan.
Operasi sanitasi awam yang dilakukan itu sekaligus dapat memberi keyakinan kepada pengusaha gerai makan, penduduk tempatan dan pengunjung dari luar kawasan Simunjan untuk menjamu selera di gerai tersebut.