Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JBPM bakal terima 16 anjing pengesan baharu dari UK
  • SEMASA

JBPM bakal terima 16 anjing pengesan baharu dari UK

Utusan Sarawak 1 month ago
 MENTERI Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (kiri) bersama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad (dua, kiri) mengagihkan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak pada majlis Jalinan Mesra Aidilfitri di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, semalam. FotoBERNAMA

SEREMBAN: Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menerima 16 anjing baharu dari United Kingdom (UK) pada tahun ini berjumlah RM2.4 juta, kata Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad.

Beliau, berkata jumlah itu adalah sebagai tambahan kepada 20 aset hidup di seluruh negara, sekali gus memantapkan lagi tugasan pasukan.

“Separuh daripada anjing sedia ada berusia melebihi 12 tahun berbanding umur yang ditetapkan antara 8 hingga 10 tahun.

“Proses pemilihan awal 20 ekor itu sudah pun selesai di UK. Jadi pada Jun ini kita akan mula menghantar tiga pegawai kita untuk bersama dengan pengajar di sana.

“Mereka akan latih dulu, lepas itu daripada 20 itu, mereka akan kurangkan kepada jumlah yang kita nak iaitu 16 ekor.

“Kalau ada anak anjing yang dipilih itu tidak sesuai pada masa itu, mereka akan cari lain. Jadi, dalam tiga bulan itulah proses yang akan berlaku,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri JBPM Negeri Sembilan di Pekarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini malam tadi.

Beliau, berkata anjing berkenaan termasuk baka English Springer Spaniel dan Labrador Retriever, yang didapati lebih sesuai dengan cuaca di Malaysia selain mempunyai disiplin khas yang lebih berkesan.

Nor Hisham, berkata terdapat empat disiplin khas diberi keutamaan kepada anjing K9 iaitu Anjing Penyelamat Hutan atau Luar Bandar, Anjing Kebakaran, Anjing Penyelamat Mayat Dalam Air dan Anjing Penyelamat Bandar USAR.

“Insya-Allah kalau tiada aral melintang, anjing yang kita beli 16 ekor ini sebahagiannya akan kita guna untuk latihan di Malaysia dan kita akan buat secara dalaman bersama Genting World Berhad untuk latihan bagi disiplin lain pula,” katanya.

Dalam pada itu, beliau, berkata sebanyak 30 enjin jentera baharu bernilai RM45 juta akan diterima dalam tempoh enam bulan akan datang bagi menggantikan enjin lama menerusi proses lupus dan tukar melalui syarikat yang dilantik.

Nor Hisham, berkata penggantian aset baharu itu nanti diharap dapat memberikan kecemerlangan kepada pasukan dan sentiasa berada pada tahap terbaik setiap masa. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak terus prihatin, ADUN Meradong lawat rumah panjang sempena Pra Gawai
Next: Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.