Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JAPEN Saratok lancar kempen perangi wabak Covid-19
  • TEMPATAN

JAPEN Saratok lancar kempen perangi wabak Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago

ADI SAFARMAN

SARATOK: Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Saratok terus melancarkan kempen memerangi wabak Covid-19 dengan memberi ‘penerangan’ di sekitar Kabong bagi mengekalkan daerah tersebut kekal selamat sebagai zon hijau.

Hebahan awam yang dilakukan oleh JaPen terus berkumandang di setiap kawasan yang dilalui bagi memberi peringatan kepada orang ramai tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini telah memasuki fasa ketiga.

Semasa hebahan awam dikumandangkan penduduk diperingatkan tentang hukuman yang bakal dihadapi orang ramai jika didapati ingkar arahan PKP.

Orang ramai terus diingatkan tentang tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April 2020 dan sepanjang tempoh itu penduduk perlu duduk di rumah bagi memutuskan rantaian penularan virus Covid-19.

Pihak JaPen Saratok juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua penduduk dalam mematuhi PKP.

Mereka terus membuat seruan melalui hebahan itu supaya semua penduduk bersama-sama bersatu dalam menangani penularan wabak ini demi kebaikan semua.

Pegawai Penerangan Daerah Saratok, Florence Sebastian Unting, memaklumkan selain pendekatan secara hebahan suara melalui corong pembesar suara pihak petugas JAPEN Saratok turut menampal poster di beberapa lokasi strategik yang memaparkan beberapa perkara tentang bahaya Covid-19 dan juga cara pencegahan daripada terkena jangkitan wabak tersebut.

Continue Reading

Previous: 4,495 premis perniagaan diperiksa
Next: Sanggup pakai grab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.