Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Marudi buka peluang ekonomi masyarakat luar bandar sekian lama terpinggir  
  • TEMPATAN

Jambatan Marudi buka peluang ekonomi masyarakat luar bandar sekian lama terpinggir  

Utusan Sarawak 4 months ago
DATUK Dr Penguang Manggil menyampaikan cenderamata berupa gendang kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari pada majlis perasmian Jambatan Marudi yang dirasmikan oleh Premier Sarawak, semalam.

MARUDI: Pembinaan Jambatan Marudi bukan sahaja menaik taraf  kebolehcapaian penduduk di Marudi malah ia juga akan membuka peluang ekonomi kepada masyarakat luar bandar yang telah lama terpinggir dari arus pembangunan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil berkata, Jambatan Marudi telah memanfaatkan lebih kurang 25,000 orang penduduk di kawasan  Marudi dan DUN N.78 Mulu.

Selain itu, ujarnya, pelaksanaan projek-projek pembinaan, menaik taraf jalan, dan infrastruktur yang lain termasuk projek utiliti seperti bekalan elektrik dan air bersih luar bandar, serta pembinaan menara telekomunikasi sudah mula dinikmati di Marudi.

“Saya bersyukur kerana Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyahut permohonan kita dengan meluluskan peruntukan berjumlah berbilion ringgit bagi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur dan utiliti di Kawasan Baram semenjak beberapa tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Jambatan Marudi yang dirasmikan oleh Premier Sarawak, semalam.

Menurut Penguang projek-projek tersebut sekarang sedang dalam pelbagai peringkat perancangan dan perolehan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

“Ini termasuk jalan baharu yang akan menghubungkan Marudi dengan Miri dan Mulu serta projek-projek naik taraf jalan tanah di kawasan Tinjar serta menaik taraf jalan-Lapok – Long Tisam, jalan ke Ulu teru, jalan ke Nangga Lait, Lubok Mulong, Long Teran, dan sebagainya,” kata Penguang.

Selain itu tegas beliau, Premier juga telah meluluskan projek seperti sambungan Tebingan Marudi, sebuah hotel di Marudi, Dewan Masyarakat Tinjar, bangunan Pejabat Daerah Belutu dan lainnya.

Oleh itu, Penguang berharap agensi-agensi pelaksana projek berkenaan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan agar ia selari dengan aspirasi Premier bagi memenuhi keperluan masyarakat luar bandar.

Oleh Jiku Juguong

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: TYT, isteri makan tengah hari di Bombay Nasi Kandar
Next: Bazar Tahun Baharu Cina di Boulevard dibuka hingga 26 Januari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.