Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Bintulu-Jepak tambah daya tarikan bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan Bintulu-Jepak tambah daya tarikan bandar

Utusan Sarawak 2 months ago
JOHNNY Pang Leong Ming semasa melawat Jambatan Bintulu-Jepak, mercu tanda baharu yang menghubungkan bandar dengan kawasan pesisir.

BINTULU: Jambatan Bintulu-Jepak menambah daya tarikan baharu kepada landskap bandar dengan reka bentuk moden serta pencahayaan yang menarik.

Kemudahan itu bukan sekadar menghubungkan dua kawasan, tetapi juga mencerminkan pembangunan pesat di Bintulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata jambatan tersebut menjadi satu lagi elemen yang mencantikkan Bintulu serta melengkapkan kemajuan bandar minyak dan gas itu.

“Kita semua berbangga dengan jambatan ini. Seperti yang disebut oleh Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg), pemandangannya begitu indah, mengingatkan kita kepada ikon di San Francisco.

“Dari Kenyalang Lasar, kita dapat melihat keindahan jambatan ini,” katanya ketika ditemui media semasa majlis pra-pelancaran Jambatan Bintulu-Jepak di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, pembangunan di Bintulu bukan hanya tertumpu kepada sektor industri berat, tetapi juga kepada kesejahteraan penduduk dan tarikan bandar.

“BDA dan pihak berkaitan sedang berusaha menjadikan Bintulu lebih baik dalam semua aspek. 

“Dengan adanya jambatan ini, akses ke Jepak menjadi lebih mudah dan selesa,” katanya.

Beliau menggalakkan orang ramai menikmati keindahan jambatan itu, namun pada masa sama turut memastikan ia dijaga dengan baik agar ia kekal sebagai mercu tanda yang membanggakan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan Bintulu-Jepak buka peluang pekerjaan
Next: Ketua kaum: Elak culas tugas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.