Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan raya Projek JiwaMurni murah – Masing
  • TEMPATAN

Jalan raya Projek JiwaMurni murah – Masing

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Masing berasa bersyukur kerana jalan raya di bawah Projek Jiwa Murni termasuk penaiktarafan jalan adalah lebih murah sekali gus mampu menghubungkan penduduk di Belaga untuk sampai ke Bintulu.

Ini kerana sebelum ini, katanya penduduk di kawasan Belaga amat sukar untuk mendapat akses jalan yang sempurna selepas Empangan Bakun dibina.

“Tidak ada jalan raya yang dibina dari empangan Bakun ke Belaga sehinggga kita memohon daripada kementerian Pertahanan untuk membina jalan raya dalam Projek Jiwa Murni,” tegas beliau.

Selepas beberapa tahun, Masing berkata jalan raya di bawah projek Jiwa Murni terbabit rosak kerana lori balak dan semasa Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Joahri Tun Openg  melawat Belaga dua tahun lepas, satu permintaan dibuat untuk diberi peruntukan bagi menaiktaraf jalan raya itu kepada ‘Standard R1’.

Oleh demikian, tegas beliau lagi jalan raya berkenaan sememangnya telah memberi satu kebaikan kepada penduduk di kawasan pedalaman.

“Jadi, janganlah memburukkan nama baik orang yang menolong penduduk di kawasan pedalaman,” katanya.

Dalam pada itu, Masing berkata Kerajaan Sarawak tidak memperuntukkan dana atau melantik kontraktor untuk membina jalan raya di bawah Projek Jiwa Murni kerana projek itu adalah di bawah Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak cuma membenarkan Kerajaan Persekutuan bagi memberi akses jalan raya ke kawasan pedalaman menggunakan tanah hak milik Sarawak.

“Ini bukan wang Kerajaan Sarawak. Kenapa kita hendak menolak bantuan ini? Jika Kerajaan Persekutuan hendak membina jalan raya ini kerana kita tidak ada dana, biarlah mereka membinanya. Apa masalahnya,” soal Masing lagi.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Tenggiling dilepaskan semula ke hutan
Next: Sarawak bekal aset kepada pegawal pantai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.