Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan dua hala Serian – Sri Aman ditutup esok
  • TEMPATAN

Jalan dua hala Serian – Sri Aman ditutup esok

Utusan Sarawak 2 years ago

Penutupan sepenuhnya jalan dua hala itu melibatkan lokasi CH14+300 - CH14+700 (KM197.5 - KM197.9) Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pangkalan Bedup Jalan Serian - Sri Aman bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor untuk kerja-kerja menaik taraf pemasangan "steel box trusses".

SERIAN: Jalan dua hala Serian ke Sri Aman akan ditutup sepenuhnya esok bermula 2.00 hingga 3.00 petang.

Menurut kenyataan pihak Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching, penutupan sepenuhnya jalan dua hala itu melibatkan lokasi CH14+300 – CH14+700 (KM197.5 – KM197.9) Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pangkalan Bedup Jalan Serian – Sri Aman bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor untuk kerja-kerja menaik taraf pemasangan “steel box trusses” di sepanjang jalan berkenaan.

Justeru, pengguna jalan raya diminta peka dengan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan bersama selain memperlahankan kenderaan pada masa sama merancang perjalanan sepanjang tempoh berlangsungnya kerja-kerja menaik taraf di kawasan terlibat.

Pihak pejabat JKR Bahagian Kuching juga memberitahu bahawa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini akan dimaklumkan oleh pihak kontraktor bertanggungjawab dari semasa ke semasa.

Orang ramai boleh berhubung dengan pihak Pejabat JKR Bahagian Kuching di talian 082-203400 sekiranya terdapat sebarang aduan dan pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik berkenaan.

Continue Reading

Previous: Bendung jangkitan rabies, anjing peliharaan perlu divaksinasikan – Lo
Next: Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka: Anak Sarawak dipelawa cipta logo, slogan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.