Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan dinaiki air, calon SPM minta bantuan bomba hantar ke asrama
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan dinaiki air, calon SPM minta bantuan bomba hantar ke asrama

Utusan Sarawak 4 months ago

KAPIT: Pasukan bomba membantu memindahkan seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari rumah panjangnya di Sungai Sibau, Jalan Bukit Goram ke asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit Nombor 2 selepas jalan keluar dari rumahnya dinaiki air setinggi empat kaki, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit menerima panggilan daripada guru sekolah tersebut pada 10.34 malam.

“Pihak Bomba bertindak memindahkan pelajar tersebut menggunakan bot fiber milik Pejabat Daerah Kapit dari rumah mangsa ke SMK Kapit Nombor 2. 

“Pelajar tersebut selamat diserahkan kepada warden asrama sekolah tersebut untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, keadaan banjir kawasan rumah panjang tersebut masih dalam keadaan selamat dan terkawal kerana bertiang dan jarak air dari lantai dalam tujuh kaki.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 38 calon SPM, enam guru, pengawas peperiksaan naik lori APM ke SMK Kwong Hua
Next: Enam pelajar SMK Lanang turut naiki lori ATM untuk duduki SPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.