Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jackson yang hilang sejak 9 hari lalu, ditemukan meninggal dunia
  • WILAYAH

Jackson yang hilang sejak 9 hari lalu, ditemukan meninggal dunia

Utusan Sarawak 5 months ago

Jackson Bar Runi berusia 23 tahun menghidapi sejarah sakit sawan yang dilaporkan hilang sejak 20 November lalu ditemui meninggal dunia hari ini di hilir Sungai Dor dalam jarak 1.6km dari rumah mangsa.

SRI AMAN: Jackson Bar Runi, 23 tahun yang menghidap sejarah sakit sawan dan dilaporkan hilang sejak 20 November lalu, ditemukan meninggal dunia hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata mangsa telah ditemui oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 10.25 pagi tadi.

“Sekitar jam 10.25 pagi, kami menerima maklumat dari pasukan penyelamat di lokasi, yang memaklumkan bahawa mangsa telah dijumpai di hilir Sungai Dor dalam jarak 1.6 kilometer (km) dari rumah mangsa. 

“Mangsa berjaya dikeluarkan dari lokasi sungai ke jalan utama Sri Aman- Kuching dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Sri Aman,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, operasi SAR yang telah diaktifkan sejak 21 November lalu telah ditamatkan sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.

SAR yang memasuki hari kelapan pada hari ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dan hasil perbincangan serta taklimat antara agensi, pencarian di permukaan air menggunakan bot, dilakukan di kawasan Loji Rawatan Air Melugu serta hilir sungai dalam radius 2km dari loji terbabit.

Terdahulu, dalam kejadian 20 November lalu lebih kurang jam 10 pagi bertempat di Rumah Jinis, Tekalong Melugu Scheme, mangsa dilaporkan telah keluar rumah dan tidak memberitahu kepada ahli keluarga kemana beliau pergi.

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang di Ulu Skrang ditemukan selamat
Next: Sistem perparitan sekitar 1970-an dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.