KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) menerima Anugerah Perak bagi Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 sebagai pengiktirafan atas komitmen dan usahanya dalam memupuk integriti dan amalan tadbir urus yang baik.
Menurut JHS dalam satu kenyataan hari ini, anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof kepada Pengarah JHS Datu Hamden Mohammad pada majlis Anugerah AIGA 2022 itu yang julung kali diadakan, semalam.
Sementara itu, Hamden berkata JHS berbangga kerana telah mencapai pengiktirafan tinggi ini atas komitmen dan budaya amalan integriti berterusan yang dilaksanakan selama ini.
Katanya, ia adalah titik permulaan untuk memastikan semua pengurusan dan penjagaan hutan yang diamanahkan dilaksanakan dengan lebih baik dalam komitmennya untuk mengimbangi kepantasan pembangunan dan alam sekitar dalam Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030.
Oleh Mohd Neenatul Aizal