Isu salah guna dana, SPRM rakam keterangan pegawai kanan ATM

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki ketika ditemui media pada Program SPRM- Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) Inspira 2025: Hari Integriti dan Kepimpinan di UiTM Kampus Puncak Alam hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia, bagi membantu siasatan berkaitan penyalahgunaan dana dalam pasukan terbabit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pegawai kanan terbabit, dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 11.00 pagi.

“Beliau dipanggil untuk melengkapkan siasatan terhadapnya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana dalam ATM…kita panggil untuk bantu siasatan.

“Buat masa ini, tiada tangkapan dibuat dan rakaman percakapan sedang berlangsung,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata perkembangan lanjut berkaitan kes terbabit akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Semalam media melaporkan, Azam mengesahkan seorang pegawai kanan ATM yang disiasat dalam penyelewengan dana dijangka dituduh dalam tempoh terdekat.

Difahamkan, kes membabitkan pegawai kanan itu, berbeza dengan kes bekas Panglima Tentera Darat yang sedang disiasat SPRM ketika ini.

-Bernama