JEPUN: Bekas Menteri Pertahanan Jepun, Shigeru Ishiba dilihat sebagai calon terbaik mengisi jawatan Perdana Menteri Jepun bagi menggantikan Abe Shinzo, hasil tinjauan oleh Agensi Berita Kyodo.
Figura berusia 63 tahun itu dilihat paling sesuai menggantikan Abe yang juga akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri itu sehingga pilihan raya pada bulan Oktober 2021.
Sokongan untuk Parti Liberal Demokratik (LDP) mencapai sekitar 48 peratus menyokong Ishiba bagi menggantikan Abe.
Menerusi tinjauan Kyodo lagi, majoriti 58 peratus percaya bahawa keputusannya untuk mengundurkan diri adalah tepat.
LDP pada masa ini menguasai 284 dari 465 kerusi.
Terdahulu, Abe mengumumkan peletakan jawatan susulan masalah kesihatan yang dihadapinya.
Menurut Abe, beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang menyebabkan beliau terpaksa berehat seketika pada 2007.
Sementara itu, akhbar Nikkei melaporkan, Perdana Menteri Jepun akan dipilih dalam sesi khas Parlimen yang akan diadakan pada 17 September ini.
Berikutan keputusan Abe untuk meletakkan jawatan, LDP memulakan persiapan untuk memilih pemimpin berikutnya pada 15 September dan Majlis Umum parti akan bermesyuarat pada hari Selasa ini untuk memutuskan bagaimana dan bila proses itu akan berlaku.
Nikkei turut difahamkan, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga yang juga orang kanan Abe turut menjadi antara calon jawatan nombor satu itu.
Suga juga dilihat sebagai individu yang layak meneruskan dasar seterusnya dan pendiriannya ingin menangani Covid-19 dan ekonomi.
Setiausaha Agung LDP, Toshihiro Nikai mengatakan bahawa dia akan menyokong Suga dalam persaingan kepimpinan parti.
Anggota kanan Hosoda, kumpulan terbesar dalam LDP menggambarkan Suga sebagai calon terkemuka.-AFP