Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Iraq terima lebih 100,000 vaksin
  • GLOBAL

Iraq terima lebih 100,000 vaksin

Utusan Sarawak 4 years ago
IRAQ menerima sumbangan lebih 100,000 dos vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca yang disumbangkan oleh Itali.• Foto AFP

BAGHDAD: Iraq pada Ahad menerima sumbangan lebih 100,000 dos vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca dari Itali, kata Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Lebih empat juta orang di negara itu atau kira-kira 10 peratus daripada 40 juta penduduknya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan Iraq.

Sumbangan itu adalah menerusi Covax iaitu program antarabangsa untuk menyalurkan vaksin pandemik itu ke negara-negara yang kurang maju di dunia.

Menurut UNICEF, sumbangan itu adalah yang pertama dihantar menerusi Covax selepas 15 juta dos dijanjikan akan dihantar ke negara-negara tidak maju di dunia.

Covax yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempunyai matlamat iaitu untuk mengedarkan vaksin Covid-19 ke negara-negara yang berpendapatan rendah.

Ia merupakan kumpulan vaksin ketiga yang dihantar ke negara itu menerusi program tersebut.

Iraq memulakan program vaksinasi ke atas penduduknya pada bulan Mac lalu dengan menggunakan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan Sinopharm.

Negara itu mencatatkan lebih 1.9 juta kes Covid-19 dan hampir lebih 21,000 kematian sejak permulaan pandemik itu pada hujung tahun 2019. – AFP

Continue Reading

Previous: Johnson umum pelan pemulihan musim sejuk
Next: Taufan Nicholas badai Texas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.