Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Insiden letupan mesin berlaku pada kilang di Samalaju
  • KEBAKARAN

Insiden letupan mesin berlaku pada kilang di Samalaju

Utusan Sarawak 6 months ago

Tangkap layar rakaman video memaparkan insiden tersebut yang tular di media sosial.

BINTULU: Insiden letupan mesin berlaku di sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju petang ini, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, insiden tersebut melibatkan letupan pada komponen mesin pembakar.

“Kebakaran melibatkan pemanas ‘surnes’ tetapi telah dipadam sepenuhnya oleh pihak kilang sebelum pasukan bomba tiba,” katanya.

Operasi diisytiharkan terkawal pada jam 3.40 petang selepas kawasan kejadian disahkan selamat oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: Lori simen terbakar di puncak Bukit Begunan
Next: Kemaskini: Syarikat sahkan cuma letupan kecil, keadaan terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.