Sektor mineral berpotensi jadi pemacu pertumbuhan baharu Sarawak

Facebook
WhatsApp
AMANAT…Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutupan HITS 2026 di Kuching, malam ini. Foto Norman B

KUCHING: Sektor mineral berpotensi menjadi antara pemacu pertumbuhan baharu Sarawak, namun pembangunannya perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab berasaskan pengetahuan, tadbir urus dan kelestarian.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak perlu mempunyai maklumat tepat mengenai sumber mineral yang dimiliki, termasuk lokasi, nilai serta risikonya, sebelum ia dibangunkan.

“Dalam era mineral strategik dan unsur nadir bumi, keputusan tidak boleh dibuat berasaskan andaian.

“Ia mesti berasaskan data saintifik, pemetaan yang tepat, penilaian alam sekitar dan tatakelola yang jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak (HITS) 2026 di sini, malam ini.

Menurut Abang Johari, pengukuhan fungsi penguatkuasaan dan mineral di Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) merupakan satu lagi perkembangan penting dalam usaha berkenaan.

Katanya, penjenamaan semula kepada Cawangan Penguatkuasaan dan Mineral tahun ini menunjukkan peranan JTS semakin berkembang seiring dengan potensi sektor mineral Sarawak.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kerajaan Sarawak turut memperkukuh kerjasama strategik dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Geran Kursi Premier Sarawak.

Sebanyak 13 projek penyelidikan dikenal pasti, antaranya berkaitan sumber mineral, pentadbiran tanah, kadaster marin, perubahan iklim dan banjir, perumahan, pelancongan, infrastruktur bandar serta teknologi sokongan keputusan.

Beliau menegaskan hasil penyelidikan tidak seharusnya berakhir sebagai laporan semata-mata, sebaliknya perlu diuji dan diterjemahkan kepada dasar, standard teknikal, sistem, projek perintis atau penyelesaian sebenar, apabila bersesuaian.

Oleh Norman B

Jerebu: Sekolah di Serian ditutup esok

KUCHING: Semua sekolah di Daerah Serian ditutup sementara esok, susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melepasi 201 malam ini. Jabatan