Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Insiden kebakaran tular di media sosial tidak berlaku di stesen minyak Petronas Dagangan
  • KEBAKARAN

Insiden kebakaran tular di media sosial tidak berlaku di stesen minyak Petronas Dagangan

Utusan Sarawak 2 months ago
SITUASI terkini sekitar laluan menghala ke lokasi kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor pagi ini. Laluan menghala ke lokasi kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana ditutup kepada orang ramai oleh pihak polis bagi memastikan keselamatan awam. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 pagi. Operasi pemadaman kini sedang giat dijalankan. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) menjelaskan bahawa video yang tersebar di media sosial berhubung kejadian kebakaran di Putra Heights, Puchong tidak berlaku di mana-mana stesen minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

“Tiga stesen minyak Petronas (PS) berdekatan PS Putra Heights, PS KM2 LDP dan PS Putra Bestari — tidak terjejas, sebaliknya ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga. 

“Pelanggan boleh menggunakan alternatif berikut untuk mengisi minyak kenderaan mereka – PS USJ 20, PS USJ 6 dan PS USJ 9,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut PDB, pihaknya bekerjasama rapat dengan semua pihak yang berkaitan untuk memastikan keselamatan komuniti, penduduk dan alam sekitar selaras dengan dasar dan piawaian kesihatan, keselamatan dan alam sekitarnya. 

Terdahulu, Petronas mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB) berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor pada 8.10 pagi ini.

Katanya, saluran paip yang terjejas telah diasingkan dan semua pihak berkepentingan yang berkaitan telah dimaklumkan. – Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Petronas sahkan kebakaran di saluran paip utama PGB berhampiran Puchong
Next: Porsche musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.