Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gentian optik pelengkap rangkaian internet pedalaman Sarawak
  • TEMPATAN

Gentian optik pelengkap rangkaian internet pedalaman Sarawak

Utusan Sarawak 11 months ago
UNTUK ALBUM… Kelihatan Peter Chia (empat, kiri) dan Francis Peter (tiga, kanan) bersama yang lain merakam kenangan selepas lawatan ke Ibu Pejabat SMA di Kuching, semalam.

KUCHING: Sarawak akan menggunakan inisiatif gentian optik untuk melengkapkan kawasan pedalaman dengan rangkaian internet.

Penasihat Teknikal Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Peter Chia berkata,  inisiatif ini adalah sesuai bagi kawasan yang jauh di pedalaman apabila pembinaan menara telekomunikasi mengambil masa agak lama.

“Selain gentian fiber, kita juga ingin meneroka teknologi starlink untuk kawasan-kawasan yang amat sukar dihubungkan dengan rangkaian telekomunikasi.

“Ini kerana, bentuk muka bumi Sarawak yang luas dan berbukit-bukau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima lawatan daripada rombongan Kedutaan Amerika Syarikat yang diketuai Kaunselor Hal Ehwal Komersial, Francis Peter di Kuching, semalam.

CENDERAHATI … Kelihatan Dato Dr. Anderson (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ryan Baerg (kanan) semasa lawatan di Ibu Pejabat SMA di Kuching, Selasa lalu.

Katanya lagi, salah satu peranan penting SMA ialah memproses data tadbir urus yang memerlukan kesalinghubungan jitu.

“Banyak perkara yang memerlukan pemprosesan data apabila kita bergerak ke arah ekonomi digital.

“Justeru, kesalinghubungan amat penting bagi memastikan setiap rakyat Sarawak tidak ketinggalan dalam agenda pembangunan ekonomi digital,” katanya.

Sementara itu, Francis memberitahu, pihaknya amat berminat untuk

meneroka bidang digital di Sarawak seperti keselamatan siber dan pelan bandar pintar.

“Kami ingin meneroka lebih banyak sumber di Sarawak dan sangat mengalu-alukan kerjasama pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, pada Selasa, SMA turut menerima lawatan daripada rombongan Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia yang diketuai oleh Kaunselor (Komersial) dan Pesuruhjaya Pedagangan Kanan, Ryan Baerg.

UNTUK ALBUM … Kelihatan Dato Dr. Anderson (enam, kiri) dan Ryan Baerg (lima, kanan) bersama yang lain mempamerkan risalah promosi IDECS 2024 selepas lawatan rombongan Persuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia di Pejabat SMA.

Pengurus Besar SMA, Dato. Dr. Anderson Tiong menyampaikan taklimat mengenai pembangunan bandar pintar di Sarawak kepada rombongan terbabit.

Turut menyampaikan taklimat kepada rombongan Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia ialah Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Busiai Seman dan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Malseni Jamal.

Continue Reading

Previous: Sembilan jalan ditutup sempena program Perarakan Gawai Dayak 2024 esok
Next: Tun Wan Junaidi dijangka hadir  majlis makan malam Gawai Dayak 22 Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.