Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Individu cantik, kacak lebih mudah ditawarkan bekerja
  • GLOBAL

Individu cantik, kacak lebih mudah ditawarkan bekerja

Utusan Sarawak 4 years ago
INDIVIDU berpenampilan menarik lebih mudah ditawarkan pekerjaan kerana mempunyai gerak-geri yang lebih baik.

NEW YORK: Satu kajian baharu mendapati individu yang cantik dan kacak adalah lebih mudah untuk ditawarkan pekerjaan serta mendapat penilaian prestasi lebih baik, lapor portal berita MailOnline semalam.

Individu dengan penampilan kurang menarik pula boleh mendapat peluang sama sekiranya berdiri dalam postur badan yang menggambarkan ‘kehebatan’.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti di Fakulti Pengurusan Buffalo itu menyatakan bahawa individu yang kurang menarik boleh mendapatkan kelebihan sama yang dinikmati golongan rupawan sekiranya mereka berdiri dengan melebarkan bahu, meletakkan tangan pada pinggul serta dagu ke atas yang dikenali sebagai ‘postur hebat’.

“Dengan mendapatkan postur fizikal yang dikaitkan dengan kuasa dan keyakinan, mereka yang berpenampilan kurang menarik boleh mengurangkan perbezaan dalam pencarian pekerjaan,”  jelas penulis kajian itu, Min-Hsuan Tu dalam satu kenyataan. 

Pasukan penyelidik itu mengumpulkan data dari Mac 2015 hingga Februari 2016, dan penampilan peserta dinilai dalam skala satu hingga lima.

Satu disifatkan sebagai ‘paling tidak menarik’ manakala lima sebagai ‘paling menarik’.

Sebagai tambahan, satu lagi kajian dijalankan dengan kedua-dua kajian itu mengumpulkan 300 orang peserta yang menyertai pencarian kerja secara palsu bersama sebuah syarikat, disertai dengan temu ramah selama tiga minit bersama pengurus.

Hasil kajian berasingan itu mendapati, pengurus melihat individu yang berpenampilan menarik lebih cenderung untuk ditawarkan pekerjaan kerana memiliki gerak-geri yang lebih baik. –AFP

Continue Reading

Previous: 4.89 bilion dos vaksin didaftar di seluruh dunia
Next: Afghanistan punyai RM4.24 trilion sumber mineral

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.