Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • India, ketiga lepasi 4 juta kes
  • GLOBAL

India, ketiga lepasi 4 juta kes

Utusan Sarawak 5 years ago

Residents stand in a queue to register their names as a health worker (R) wearing Personal Protective Equipment (PPE) suit collects a swab sample from a woman to test for the Covid-19 coronavirus, at a primary health centre in Hyderabad on September 4, 2020. (Photo by NOAH SEELAM / AFP)

TUNGGU GILIRAN… Penduduk beratur untuk mendaftar, manakala seorang petugas kesihatan mengumpulkan sampel calitan Covid-19 daripada seorang wanita di Hyderabad, semalam. • Foto AFP

NEW DELHI: India muncul negara ketiga melepasi jumlah empat juta jangkitan Covid-19 dengan mencatatkan rekod baharu angka harian, semalam, tatkala krisis itu masih belum menunjukkan tanda mencapai kemuncak.

Sebanyak 86,432 kes baharu itu menjadikan jumlah jangkitan di India kini mencecah 4,023,179, menyusuli Amerika Syarikat (AS) yang telah melaporkan lebih 6.3 juta kes dan Brazil (4.1 juta).

Kerajaan India bertindak melonggarkan sekatan bagi memulihkan ekonomi, namun menyaksikan negara ini mencatatkan peningkatan bilangan terpantas di dunia dengan lebih 80,000 kes sehari dan kadar kematian harian yang tertinggi membabitkan lebih 1,000 mangsa.

Kes Covid-19 di negara ini melonjak daripada tiga juta kepada empat juta hanya dalam tempoh 13 hari, lebih cepat berbanding AS dan Brazil.

Pandemik itu kini menular di kawasan luar bandar yang kekurangan kemudahan perubatan, selain turut merebak semula di bandar besar seperti Delhi dan Mumbai.

Maharashtra yang meliputi Mumbai, merupakan pusat krisis Covid-19 di India sejak perintah berkurung dilaksanakan di seluruh negara ini pada Mac lalu.

Negeri itu masih menyumbang hampir suku daripada bilangan kes baharu setiap hari di India yang memiliki 1.3 bilion penduduk. – AFP

Continue Reading

Previous: 12 MAUT Letupan gas di masjid
Next: Bantah sekatan, anggap Covid-19 satu penipuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.