Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Impian penduduk miliki jalan raya tercapai
  • WILAYAH

Impian penduduk miliki jalan raya tercapai

Utusan Sarawak 2 months ago
DETIK BERMAKNA… Mohamad Duri dan yang lain semasa majlis serah tapak projek membina Jalan Serandong/Perpat/Paloh/Batang Maro, pagi tadi. -Foto kredit ADUN Kalaka

SARATOK: Hari ini menjadi satu tarikh bersejarah bagi penduduk Kampung Kupang, Kampung Perpat, Kampung Paloh serta Rumah Tanjung apabila projek pembinaan jalan di kawasan tersebut akan bermula dalam masa terdekat.

Satu majlis serah tapak projek membina Jalan Serandong/Perpat/Paloh/Batang Maro disempurnakan pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menjelaskan, projek yang bernilai RM111.4 juta ini akan dilaksanakan oleh Syarikat Kalaka Jaya Sdn Bhd.

“Projek ini sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh sekitar 2,200 penduduk dari Kampung Perpat, Kampung Paloh, Kampung Batang Maro dan Rumah Panjang Tanjung bagi memudahkan lagi urusan harian mereka.

“Laluan melibatkan sepanjang 12.5 kilometer (km) ini akan turut dibina dua jambatan penghubung dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh masa selama 36 bulan oleh kontraktor tersebut,” katanya.

Beliau yang mewakili semua pihak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di atas komitmen dalam merealisasikan impian rakyat di kawasan ini bagi menikmati perhubungan rangkaian jalan raya yang lebih selesa. 

“Sudah pastinya sesuatu yang cukup menggembirakan buat penduduk setempat yang telah lama ‘dahagakan’ akses jalan raya yang lebih baik bagi memudahkan perhubungan dan pergerakan mereka dari kampung masing-masing ke kawasan yang lain,” katanya.

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: 10 NGO kawasan Sarikei terima cek peruntukan MRP
Next: ADUN Bukit Goram pastikan mangsa banjir di Kapit terima bantuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.