Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Impian nelayan ditunaikan
  • TEMPATAN

Impian nelayan ditunaikan

Utusan Sarawak 5 years ago
TURUN PADANG… Simoi Peri sedang meninjau keadaan kayu belian dan bakau yang disumbang oleh beliau bagi tujuan pembinaan jeti baharu di Kampung Lemanak dan Kampung Tengah, Bandar Simanggang semalam.

SIMANGGANG: Hasrat golongan nelayan di Kampung Lemanak dan Kampung Tengah untuk memiliki sebuah jeti kayu yang baharu di penempatan mereka bakal tercapai tidak lama lagi.

Ia terbukti apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri bertindak menyampaikan sumbangan kayu belian dan kayu bakau bagi tujuan pembinaan jeti kayu yang baharu untuk kegunaan nelayan di situ semalam.

Sumbangan kayu belian dan kayu bakau berkenaan telah diterima oleh Persatuan Nelayan Kawasan Lemanak Sri Aman dengan kerja gotong-royong untuk membina jeti kayu baharu bakal dilaksana dalam tempoh terdekat ini.

“Pada 14 Julai lepas, saya telah bertindak melakukan lawatan di perkampungan berkenaan sebelum mendapati golongan nelayan di situ menghadapi kesukaran untuk mencari hasil sungai disebabkan ketiadaan kemudahan jeti yang sempurna.

“Saya pada lawatan itu telah berjanji mahu menyumbang kayu kepada mereka dan seterus menyedia kos sebanyak RM20,000 bagi membantu persatuan tersebut membeli bahan pembinaan jeti baharu berkenaan,” kata beliau.

Simoi memohon Persatuan Nelayan Kawasan Lemanak Sri Aman untuk menggunakan sebaik mungkin sumbangan itu nanti agar penduduk dapat memiliki sebuah kemudahan jeti yang lebih selesa dalam masa terdekat ini.

“Dengan adanya kemudahan jeti kayu belian ini maka kaum nelayan dari Kampung Tengah dan Kampung Lemanak akan dapat turun ke sungai untuk mencari rezeki masing-masing dengan lebih selesa kelak,” kata beliau.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Penguang bantu baiki rumah penduduk
Next: Lapan rakyat Sarawak selamat pulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.