Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • IKRAM Malaysia agih 500 bungkusan bantuan
  • TEMPATAN

IKRAM Malaysia agih 500 bungkusan bantuan

Utusan Sarawak 5 years ago

MIRI : Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Sarawak menyumbang sebanyak lebih 500 bungkusan bantuan kepada pelbagai penerima dalam Program Kongsi Rezeki baru-baru ini.

Yang Dipertua IKRAM Sarawak, Abg Mohd Shukri Abg Muis ketika hubungi Utusan Sarawak semalam berkata, sumbangan itu dijayakan iBantu IKRAM di setiap kawasan dengan kerjasama Yayasan IKRAM Malaysia.

Katanya, IKRAM ialah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang fokus kepada aspek dakwah, tarbiah dan kemasyarakatan.

“Keseluruhan cawangan seperti IKRAM Kuching, Kota Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.  Ahli IKRAM bersama sukarelawan sangat giat menyantuni masyarakat yang terbeban ekoran arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebanyak lebih 500 bungkusan bantuan disumbangkan kepada penerima dalam Program Kongsi Rezeki, anjuran iBantu IKRAM di setiap kawasan dengan kerjasama Yayasan IKRAM Malaysia,” jelasnya.

Bantuan itu telah memberikan sedikit kelegaan dan meringankan bebanan kepada masyarakat yang terjejas akibat hilang sumber pendapatan, daif dan sakit ketika arahan PKP yang kini berlanjutan hingga 28 April.

IKRAM Sarawak melalui IKRAM Kawasan Kuching menyumbang hampir 200 pelindung muka, 30 pasang pakaian pelindung pribadi (PPE) kepada petugas barisan hadapan di Hospital Umum Sarawak dan Klinik Kesihatan Kota Samarahan.

Selain itu, lebih 700 bungkusan makanan turut disumbangkan kepada petugas barisan hadapan sebagai sokongan kepada mereka, jelas beliau.

Justeru itu, IKRAM Sarawak membuka ruang kepada masyarakat yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan melalui Yayasan IKRAM Malaysia (Akaun Maybank – 562142404402).

Continue Reading

Previous: 4,150 terima bantuan SUPP Batu Kawa
Next: Barisan hadapan perlu sokongan moral

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.