Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Iftar bersama jalin ukhuwah
  • WILAYAH

Iftar bersama jalin ukhuwah

Utusan Sarawak 2 months ago
ERAT HUBUNGAN… Ir. Yusuf Abd Wahab bergambar bersama Atta Mostapha, KMKK dan para jemputan di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei. -Foto Facebook Parlimen P.206 Tanjong Manis

 

SARIKEI: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab memperuntukkan dana sebanyak RM3,000 bagi menjayakan majlis berbuka puasa bersama ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk Islam di sini, semalam. 

Majlis tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei. 

Ia merupakan anjuran KMKK Daerah Sarikei dan turut dihadiri Pengerusi Pengelola Program yang juga Penghulu Kampung Selalang, Affandi Dollah, Pengurus Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI), Awangku Suhaili Awangku Mohammad, barisan kepimpinan KMKK serta penduduk sekitar.

Terdahulu, para jemputan yang hadir berpeluang mendengar tazkirah ringkas berkaitan ’10 Ramadan Terakhir’ yang disampaikan oleh Atta Mostapha sebelum berbuka puasa. 

Para hadirin turut menunaikan solat Maghrib berjemaah di dewan tersebut selepas berbuka puasa.

Program berkenaandilihat bukan sahaja mengerat hubungan antara pemimpin dan masyarakat, malah menjadi platform menyemai nilai murni serta memperkukuh lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

OLEH EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Kongsi rezeki imarahkan Ramadan
Next: Suri rumah perlu ketahui asas padam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.