Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Idam beli kereta mewah Porsche Cayenne, duit deposit RM42,900 lesap
  • JENAYAH

Idam beli kereta mewah Porsche Cayenne, duit deposit RM42,900 lesap

Utusan Sarawak 6 months ago

Gambar hiasan

MIRI: Seorang peniaga kerugian RM42,900 selepas menjadi mangsa penipuan belian atas talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30-an semalam.

“Mangsa telah melayari laman sosial Facebook dan berminat dengan iklan penjualan kenderaan Porsche Cayenne berharga RM250,000. 

“Kemudian mangsa telah menekan pautan link iklan tersebut dan menerima mesej dari suspek untuk membuat bayaran deposit.

“Mangsa telah membuat pembayaran sebanyak lapan kali transaksi ke empat akaun bank yang berbeza melalui pindahan atas talian dan menyedari telah ditipu kerana suspek sering memberi alasan apabila dihubungi oleh mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Alexson berkata, sehingga laporan polis dibuat mangsa belum menerima kereta yang dijanjikan dan telah mengalami kerugian sebanyak  RM42,900.

Kes ini, katanya disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Continue Reading

Previous: Lelaki meninggal dunia di bilik hotel
Next: Rasuah: SPRM rakam percakapan 8 ADUN Sabah, pemberi maklumat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.