Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ibu lahir bayi di parkir
  • GLOBAL

Ibu lahir bayi di parkir

Utusan Sarawak 5 years ago
ANDERSON melahirkan bayi sulung di parkir berikutan tidak sempat tiba di pusat perubatan. • Foto AFP

FLORIDA: Satu rakaman tular di media sosial memaparkan seorang wanita melahirkan bayi di kawasan parkir berikutan tidak sempat tiba ke sebuah pusat perubatan di Florida, Amerika Syarikat.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat perubatan itu, Susan Anderson dilihat sedang berdiri sambil dibantu suaminya, Joseph Andersorn dan seorang wanita dipercayai bidan, Sandra Lovaina, lapor Daily Mail.

“Semasa menaiki kereta ke pusat perubatan, saya berkata kepada suami, saya bersedia hendak bersalin. Saya percaya tidak sempat untuk masuk ke dalam pusat perubatan.

“Pada saat kaki melangkah, kepala bayi hampir keluar, saya terus fokus dan memilih untuk membengkokkan lutut, manakala suami memegang erat tangan. Bidan pun bersedia menyambut bayi saya,” katanya proses kelahiran berjalan dengan baik.

Anderson melahirkan anak perempuan sulung itu merancang melahirkan secara semula jadi di dalam air.

Dalam rakaman video durasi 1 minit itu, Anderson juga dilihat memeluk anaknya sebaik bersalin selepas diberikan oleh Lovaina sebelum mereka memasuki pusat perubatan itu. Kekecohan itu juga didengari oleh dua anggota polis yang terkejut dengan apa yang berlaku.-AFP

Continue Reading

Previous: Thailand buka semula sekolah
Next: Ratusan gajah mati secara misteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.