KUCHING: Regangan Batang Baleh akan ditutup kepada orang umum untuk tujuan pembahagian sungai dan penutupan Batang Baeh yang bermula pada Isnin depan (5 Oktober).
Sarawak Energy Bhd. (SEB) dalam kenyataan media berkata, ini akan membolehkan kerja pembinaan di empangan utama Projek Hidro Elektrik Baleh (Baleh HEP) itu dimulakan.
“Dilarang masuk ke zon bahaya dalam radius satu kilometer dari kawasan terowong pengalihan.
“Papan tanda keselamatan dipasang di sepanjang tebing sungai untuk memberitahu pengguna sungai bahawa mereka menghampiri zon bahaya.
SEB menambah, Lembaga Sungai Sarawak (LSS) juga mengeluarkan notis pemberitahuan umum di media mengenai pembahagian sungai dan orang ramai disarankan untuk mengambil perhatian dan mematuhi peraturan palayaran yang ditetapkan LSS.
Katanya, air dari hulu Batang Baleh berdekatan dengan kuala Sungai Putai akan dialihkan melalui melalui terowong berlapis konkrit berganda yang bergerak selari antara satu sama lain dalam jangka masa 1.2km.
Syarikat tersebut turut berkata, dengan bermulanya projek tersebut, kawasan yang berada di sekitar tapak projek dinyatakan sebagai kawasan larangan dan dilarang untuk penggunaan umum kerana pembinaan empangan kini dapat dimulakan.
Bagaimanapun, pengguna sungai juga diberikan jalan alternatif oleh SEB untuk melalui jalan pintas yang menghubungkan dua bahagian tertutup
Syarikat itu berkata, paras air akan tetap tidak terjejas di hilir dan hulu kawasan tertutup, dengan perjalanan berulang-alik masih dapat diteruskan.
Rumah rehat yang terletak di tebing seberang terowong pengalihan dibina dengan kemudahan kapal berlabuh, dan ini akan di kendalikan oleh masyarakat setempat.
Katanya, agensi rundingan yang terlibat adalah Pejabat Residen Kapit, Pejabat Daerah Bukit Mambong, Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Lembaga Alam Sekitar Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, LSS dan dibimbing oleh Kementerian Utiliti Sarawak.
Naib Presiden Eksekutif untuk Penyampaian Projek, Ir Pramod Kumar Karunakaran berkata, pihak kami bersiap dalam beberapa bulan untuk memastikan projek ini disiapkan dengan selamat agar ia memberikan kesan minima kepada pihak pemegang saham syarikat.
“Kami ingin memastikan bahawa kerja pengalihan sungai tidak akan menjejaskan keselamatan pengguna sungai.
“Pasukan projek kami bersama dengan Pejabat Daerah Bukit Mambong akan berhubung dengan komuniti yang terlibat untuk memberitahu mereka mengenai laluan pintas baharu dan kemudahan yang disediakan untuk kemudahan mereka dan yang paling penting mengenai aspek keselamatan ketika bergerak dekat dengan zon larangan projek,” katanya.
Maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Sarawak Energy Baleh HEP di talian 019-8828641.