Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan lebat berterusan, Kapit dilanda banjir
  • WILAYAH

Hujan lebat berterusan, Kapit dilanda banjir

Utusan Sarawak 6 months ago

TERJEJAS.....Keadaan rumah panjang yang terjejas di Kapit akibat paras air sungai naik. Foto ihsan JBPM.

KAPIT: Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di Kapit.

Keadaan itu juga menyebabkan paras air sungai Batang Rajang serta anak-anak sungai naik, sekali gus dan melimpahi tebing dan menenggelamkan kawasan rendah serta tebingan sungai.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak menerusi kenyataannya pagi ini menyatakan pihaknya menerima panggilan kejadian banjir dan tanah runtuh pada 5 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Lima kawasan terjejas ialah Bukit Goram membabitkan kejadian banjir dan tanah.

“Sementara empat lagi kawasan mengalami banjir iaitu Selelong 3 Jalan Selirik, Simpang Utong, Taman Buluh Pengerindu dan Rumah (Rh) Engking,” katanya.

Continue Reading

Previous: Banjir kilat: Bomba terus pantau keadaan di bandar raya Miri
Next: Tindakan pantas orang awam bantu potong dahan pokok tumbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.