Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan berterusan, air naik di rumah panjang di Buloh Antu
  • WILAYAH

Hujan berterusan, air naik di rumah panjang di Buloh Antu

Utusan Sarawak 2 years ago

PERIKSA... Petugas APM sedang memeriksa paras air naik berdekatan Rumah Panjang Buloh Antu dekat Betong pagi tadi susulan hujan lebat yang bermula lewat petang semalam.

BETONG: Seramai 12 penghuni daripada tiga keluarga dari Rumah Joseph Bobby, Buloh Antu dekat sini terjejas setelah air naik pagi ini berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong, Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim berkata paras air Sungai Padeh naik hingga menyebabkan air melimpah masuk tiga bilik keluarga di rumah panjang itu ke paras buku lali.

“Pihak kami menerima panggilan pada 7.00 pagi tadi mengenai situasi itu.

“Sebaik sahaja panggilan diterima, empat petugas segera dikerah ke lokasi dan mendapati berlaku limpahan air dalam bilik ketiga-tiga keluarga itu,” katanya.

Siti Huzaimah berkata, keadaan itu juga turut menjejaskan bahagian bilik mandi, dapur, tandas dan bahagian belakang bilik keluarga mangsa.

Bagaimanapun, katanya, paras air didapati mulai surut hasil pemantauan petugas di situ.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan tiada pusat pemindahan dibuka buat masa ini. Penduduk dinasihat agar sentiasa berjaga-jaga dan bertindak menghubungi agensi berwajib jika berlaku air naik di penempatan mereka,” katanya.

Dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong juga hadir untuk memantau situasi dengan Rumah Panjang Buloh Antu kini dihuni 63 penghuni daripada 25 ketua isi rumah di situ.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Nanta serius berhubung kuota etnik dalam perkhidmatan awam
Next: Nisbah jururawat dengan pesakit tidak seimbang – Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.