Hospital Sibu anjur Program Vaksinasi Influenza 2026 pada 31 Oktober ini

Facebook
WhatsApp
JOM SIHAT… Program Vaksinasi Influenza 2026 anjuran Hospital Sibu pada 31 Oktober ini.

SIBU, 22 Oktober: Hospital Sibu akan menganjurkan Program Vaksinasi Influenza 2026 pada 31 Oktober ini bagi ahli keluarga kakitangan hospital dan orang awam yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Hospital Sibu, sebanyak 250 dos vaksin influenza disediakan menerusi program yang akan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik No. 1 (Daycare), Hospital Sibu.

Program itu terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai masalah kesihatan jangka panjang atau sistem imuniti rendah, selain individu yang bertindak sebagai pengasuh atau penjaga.

Sehubungan itu, individu yang memenuhi syarat kelayakan digalakkan membuat pendaftaran awal memandangkan bekalan vaksin adalah terhad.

Pendaftaran dilaksanakan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat menerusi pautan Google atau imbasan kod QR yang disediakan pihak hospital.

Pautan pendaftaran akan ditutup serta-merta sebaik sahaja semua slot yang ditawarkan dipenuhi.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui pautan yang disediakan pihak hospital https://forms.gle/FduFeSPQ5BuRrVBM9.

Individu yang telah mendaftar turut diingatkan supaya memastikan mereka tidak mengalami demam pada hari vaksinasi.

Mereka juga diminta hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran program.

Oleh Akun Giman