Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hospital Limbang perlukan RM7 juta naik taraf bilik bedah
  • Utara
  • WILAYAH

Hospital Limbang perlukan RM7 juta naik taraf bilik bedah

Utusan Sarawak 4 hours ago
TINGKAT PENGETAHUAN...Dr Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Program ‘Heart Failure Update 2026’ Peringkat Bahagian Limbang.  

LIMBANG: Peruntukan sekitar RM7 juta diperlukan bagi kerja menaik taraf prasarana bilik bedah di Hospital Limbang.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pihaknya kini sedang memohon peruntukan daripada kerajaan Sarawak bagi melaksanakan kerja naik taraf kemudahan tersebut.

“Kita kini sedang mencari dana untuk menaik taraf bilik bedah sebelum hospital baharu siap dibina. Masalah utama ketika ini ialah kemudahan bilik bedah dan kita sedang memohon peruntukan daripada Kerajaan Sarawak untuk tujuan tersebut dengan anggaran kos sekitar RM7 juta.

TINGKAT PENGETAHUAN...Dr Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Program ‘Heart Failure Update 2026’ Peringkat Bahagian Limbang.  

“Dengan adanya kemudahan ini, perkhidmatan pembedahan dapat dilaksanakan di Limbang,” katanya pada Majlis Perasmian Program ‘Heart Failure Update 2026’ Peringkat Bahagian Limbang di Mini Auditorium Pusat Kecemerlangan Pendidikan Daerah Limbang hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pengamal perubatan di Hospital Limbang supaya terus memperkasa ilmu pengetahuan berkaitan pelbagai penyakit khususnya yang banyak berlaku di daerah tersebut.

Menurut beliau, ia termasuk penyakit diabetes, hipertensi atau tekanan darah tinggi, kegagalan jantung serta penyakit berjangkit lain.

Beliau berkata, penganjuran kursus dan seminar berkaitan penyakit tersebut amat digalakkan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dapat disampaikan kepada masyarakat di daerah ini.

Turut hadir, wakil Pengarah Hospital Limbang, Dr Chong Wun Khang dan Pakar Psikiatri Hospital Limbang, Dr Son Wei Da.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Geran MRP bukti komitmen kerajaan terhadap pendidikan – Kevin
Next: 110 projek fizikal BDDA di DUN Kabong dipantau rapi, 39 siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.