Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hope Place bantu wanita hidap skizofrenia
  • Selatan
  • WILAYAH

Hope Place bantu wanita hidap skizofrenia

Utusan Sarawak 6 months ago

KAMI PRIHATIN… Anggota Hope Place Kuching ketika melawat dan menyerahkan bantuan kepada wanita yang memerlukan.

KUCHING: Kehidupan yang dahulunya normal, berubah dalam sekelip mata setelah disahkan menghidap penyakit skizofrenia.

Skizofrenia ialah penyakit mental kronik yang mengakibatkan gangguan pemikiran yang serius.

Mereka juga lebih cenderung bertingkah laku dengan pelik kerana mendengar suara dan membayangkan perkara yang tidak benar (delusi), kecurigaan berlebihan (paranoid) dan cepat marah.

Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga, tidak hanya perlu ’berperang’ dengan kesihatan mental, seorang wanita berusia 56 tahun itu juga turut kehilangan pekerjaan sebagai kerani pentadbiran.

Setelah kariernya musnah akibat penyakit yang dihidapinya, wanita yang tidak didedahkan namanya itu telah menganggur selama lebih 20 tahun dan turut bergelut dengan masalah kewangan.

Menyedari kepayahan yang dihadapinya, Pertubuhan Kebajikan Harapan (Hope Place) Kuching turun padang untuk melawat dan menyerahkan bantuan kepadanya.

Meskipun perlu melawan penyakit tersebut, dia tetap berdikari hidup sendiri dan hanya bergantung kepada bantuan adik-beradiknya sepanjang tahun.

”Dia pernah mempunyai seorang kawan yang tinggal bersamanya dan mereka saling menjaga satu sama lain, namun kini kawannya telah berpindah dan dia kembali bersendirian.

”Dia hanya menerima bantuan kewangan sebanyak RM350 dari kebajikan sosial,” kata Hope Place Kuching menerusi satu hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, Hope Place Kuching membantunya dengan menyerahkan sumbangan makanan asas secara berterusan.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Pembukuan warisan khazanah penting untuk rujukan generasi muda
Next: Jambatan Batang Rajang siap Mac 2025, JKR akan tentukan bila boleh pakai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.