Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • HEP Bakun: Pelepasan air terkawal dilaksanakan mulai 18 April-8 Mei
  • Tengah
  • WILAYAH

HEP Bakun: Pelepasan air terkawal dilaksanakan mulai 18 April-8 Mei

Utusan Sarawak 2 months ago
PELEPASAN air terkawal dari takungan air HEP Bakun akan dilaksanakan bermula 18 April hingga 9 Mei depan, sebagai sebahagian daripada rutin pengurusan airnya. Foto SEB

SIBU: Sarawak Energy Berhad (SEB) akan melaksanakan pelepasan air terkawal dari takungan air Empangan Hidroelektrik (HEP) Bakun bermula 18 April hingga 9 Mei ini sebagai sebahagian usaha rutin pengurusan airnya.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, syarikat itu memaklumkan pelepasan yang telah diluluskan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak itu bertujuan melindungi integriti empangan dan mengawal paras sungai susulan pengumpulan lebih 700 juta meter padu air.

“Orang awam telah dimaklumkan lebih awal menerusi pengumuman dan hantaran di media sosial. Walaupun paras air di hilir mungkin meningkat, pelepasan akan dikawal dengan teliti bagi meminimumkan kesan kepada masyarakat,” menurut kenyataan itu. 

SEB memaklumkan penduduk digesa untuk terus berwaspada terhadap kemungkinan berlaku perubahan arus air sungai.

Menurut kenyataan itu operasi bermusim ini merupakan amalan standard dan mencerminkan kecekapan pengurusan air oleh SEB, yang disokong oleh sistem pengurusan pelepasan air dinamik yang diperkenalkan pada 2020.

Sistem itu membolehkan ramalan jangka panjang dan digunakan di HEP Bakun, Murum dan Batang Ai.

“Sarawak Energy memberi jaminan bahawa operasi dijalankan mengikut piawaian keselamatan dan alam sekitar antarabangsa, termasuk yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Empangan Besar Antarabangsa (ICOLD) dan Piawaian Kelestarian Hidroelektrik (HSS),” menurut kenyataan itu.

Orang awam digalakkan untuk mengikuti perkembangan terkini melalui media sosial SEB dan aplikasi SEB Cares. – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buka peluang kepada rakyat fahami proses penggubalan dasar
Next: Majlis Kanak-Kanak Bintulu platform latih kepimpinan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.