Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • HDA beri impak positif kepada Mulu
  • TEMPATAN

HDA beri impak positif kepada Mulu

Utusan Sarawak 5 years ago
SELAMAT DATANG… Dato Gerawat Gala serta rombongan disambut mesra penduduk Long Makabar.

MARUDI : Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak ( DUN) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala berkata, penubuhan agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) memberi impak positif kepada pembangunan di kawasan Mulu.

Katanya dengan wujudnya HDA maka penduduk di kawasan berkenaan turut menerima limpahan projek hasil sumbangan kerajaan sedia ada.

Menurut beliau lagi, dengan wujudnya HDA maka ia bakal memberi keuntungan kepada rakyat di kawasan Mulu terutama di kawasan Kedaya Telang Usan.

Kata Gerawak, selain pembinaan jalan, rumah-rumah panjang yang terlibat dalam pelan HDA akan menerima bekalan air bersih menerusi bekalan air alternatif Sarawak ( SAWAS ) dan bekalan elektrik alternatif luar bandar ( SARES).

Gerawat berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Long Makabar Silat Kedaya Telang Usan baru-baru ini.

Dalam pada itu Gerawat menegaskan antara projek yang telah diluluskan oleh Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau adalah projek naik taraf jalan kampung dengan kos pembinaannya RM100,000, Jalan Kampung Long Makabar (RM100,000), baik pulih bekalan air di Long Makabar (RM20,000), dan peruntukan geran RM8,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Long Makabar.

Selain itu Kaum Ibu Long Makabar turut menerima sumbangan peruntukan RM8,000, Gereja BEM Long Makabar ( RM8,000), Jalan Kampung Long Selawan (RM100,000) dan jalan kampung Lio Mato ( RM100,000).

Gerawat menambah kata, penduduk Long Makabar juga akan dibekalkan bekalan elektrik melalui projek SARES pada penghujung Disember 2020.

Turut hadir pada majlis berkenaan Ketua Kaum Long Makabar Matius Erang, Pegawai Jabatan Kebajikan Bahagian Miri Bessy Mujan, Konsultan HDA ( pembinaan jalan dari Long Makabar ke Long Jekitan), Tan Sri Yii Min Seng dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum kawasan Silat.

Sementara itu Gerawat turut menzahirkan tahniah kepada Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Lada Hitam.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: PGA rampas rokok, bir bernilai RM992,350
Next: 20 kawasan terjejas banjir terima bantuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.