Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hasil kutipan lukisan berasaskan kopi bakal diberi kepada dua sekolah
  • TEMPATAN

Hasil kutipan lukisan berasaskan kopi bakal diberi kepada dua sekolah

Utusan Sarawak 6 months ago
  • Kempen Amal Krismas 2024 anjuran Ruang Seni Artavern
GERALD Goh merakam kenangan bersama para peserta pada Kempen Amal Krismas 2024 anjuran Ruang Seni Artavern yang berlangsung di salah sebuah hotel di Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kempen Amal Krismas 2024 anjuran Ruang Seni Artavern bertujuan membantu dua sekolah melalui seni lukisan unik yang menggunakan kopi sebagai bahan utama.

Pelukis terkenal Sarawak, Gerald Goh berkata, program ini sebagai satu usaha yang bukan sahaja menggalakkan kebajikan, tetapi juga memupuk minat orang ramai terhadap seni.

PENGURUS Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo terpesona meneliti seni lukisan unik karya Gerald Goh yang menggunakan kopi sebagai bahan utama.

“Saya rasa ini memang satu program yang bagus. Selain daripada buat kebajikan, program ini juga mendidik orang ramai untuk menghargai seni.

“Kali ini berbeza dan unik kerana kita menggunakan kopi, sesuatu yang kita minum setiap hari, sebagai bahan untuk melukis.

“Aromanya juga membantu mengurangkan tekanan, menjadikan seni ini pengalaman yang menenangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Utusan Sarawak ketika kempen tersebut di sini, hari ini. 

TURUT menyokong Kempen Amal Krismas 2024 anjuran Ruang Seni Artavern ialah Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo

Dalam pada itu, aktiviti tersebut turut disertai oleh Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo. 

Menurut Gerald, yuran penyertaan sebanyak RM120 akan didermakan sepenuhnya kepada dua sekolah yang memerlukan bantuan.

Katanya, program ini akan diakhiri dengan acara lelongan pada 14 Disember depan, yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting, dengan hasil seni peserta dilelong untuk meningkatkan kutipan dana.

“Melalui acara ini, kita bukan sahaja mengumpul dana tetapi juga memberi peluang kepada mereka yang berbakat untuk menyumbang kepada masyarakat.

“Saya harap program seperti ini dapat diadakan bukan sahaja sempena Krismas tetapi juga pada perayaan lain di masa depan,” katanya. 

Semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti dan Persatuan Pendidikan D’Wira Kuching.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Projek SSLR dijangka siap 2029
Next: Karnival Belia Bau bermula 29 November ini platform perkasa bakat tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.