TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung dalam masa terdekat

Facebook
WhatsApp
Datuk Seri Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN susulan nasihat pasukan pakar perubatan. Pihak keluarga memohon doa orang ramai agar urusan pembedahan, rawatan dan proses pemulihan beliau dipermudahkan. Foto Fail Bernama

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat atas nasihat pasukan pakar perubatan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Misiah Taib dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, keadaan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dilaporkan stabil, namun beliau dinasihatkan supaya berehat sepenuhnya dan tidak menerima pelawat bagi memastikan proses rawatan serta pemulihan berjalan lancar.

“Sehubungan itu, pihak keluarga memohon agar orang ramai bersama-sama mendoakan agar urusan pembedahan dan rawatan beliau dipermudahkan serta dikurniakan kesembuhan serta dapat kembali bertugas seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Pihak keluarga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas doa, sokongan serta keprihatinan.- Bernama

PRN NS: 401 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

SEREMBAN: Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8.00 pagi ini, membolehkan