Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hari Wesak disambut sederhana di Batu Niah
  • TEMPATAN

Hari Wesak disambut sederhana di Batu Niah

Utusan Sarawak 3 years ago

SEDERHANA… Kaunselor Sulaiman Ahmad hadir mewakili ADUN Bekenu pada sambutan Hari Wesak di Batu Niah
baru-baru ini.

BATU NIAH: Sambutan Hari Wesak, Waisak atau Vesak merupakan hari terpenting diraikan oleh penganut agama Buddha di sini telah diadakan secara sederhana.

Pengerusi Persatuan Penganut Buddha Batu Niah, Kaunselor Chong Tet Fatin berkata, sambutan seumpama ini tergendala selama dua tahun ekoran penularan Covid-19.

Penganjuran kali ini telah diadakan secara sederhana dan tidak meriah seperti tahun-tahun yang sudah, jelasnya.

Sehubungan itu, Hari Wesak adalah bagi memperingati hidup pengasas ajaran mereka iaitu Siddharta Gautama Buddha dalam peringkat-peringkat penting beliau iaitu kelahirannya di Lumbini, pencapaian kecerahan agung selepas sekian lama bertapa dan kemangkatannya di Kusinara.

Sambutan itu dengan mengadakan perarakan mengelilingi Pekan Batu Niah sambil diawasi oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sambutan itu telah dihadiri oleh Kaunselor Sulaiman Ahmad bagi mewakili Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus dan Kapital William Thien mewakili Ahli Parlimen Sibuti yang masing-masing tidak dapat hadir ekoran mempunyai tugas di kawasan luar.

Continue Reading

Previous: Daerah Matu dibanjiri orang ramai
Next: Rancakkan lagi sosioekonomi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.