Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hari Wanita Sarawak 10 Ogos depan di Sibu
  • TEMPATAN

Hari Wanita Sarawak 10 Ogos depan di Sibu

Utusan Sarawak 11 months ago
DATO Sri Fatimah Abdullah merakamkan gambar bersama yang terlibat pada mesyuarat sambutan Hari Wanita Sarawak 2024 (HW24) di Wisma Wanita, hari ini. FotoNUR AIN OTSMAN

PETRA JAYA: Sambutan Hari Wanita Sarawak (HW24) tahun ini akan diadakan di RH Hotel, Sibu, 10 Ogos depan.

Majlis dengan tema pilihan ‘Sarawak Women in Innovation and Technology’  dijangka bermula 8.30 pagi itu akan disiarkan secara langsung melalui platform media sosial Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pilihan tema pada tahun ini bertujuan menghargai jasa, sumbangan dan kejayaan wanita yang berkecimpung dalam bidang inovasi dan teknologi ke arah pembangunan keluarga, negeri dan negara yang harmoni dan sejahtera.

“Selain itu, untuk mengiktiraf pencapaian dan pelbagai kejayaan wanita Sarawak yang telah mengharumkan nama Sarawak khasnya dan Malaysia amnya,” katanya dalam sidang media di Wisma Wanita, hari ini.

Katanya lagi, sambutan ini akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta turut dihadiri oleh Puan Sri Datuk Amar  Juma’ani Tun Tuanku  Bujang.

“Seramai 750 orang yang akan hadir secara fizikal terdiri daripada Timbalan Premier dan isteri, Menteri dan Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Timbalan Setiausaha Sarawak, Residen, Datuk Bandar, Ketua-ketua Jabatan, Ahli Majlis Wanita Keluarga Sarawak, Rakan Strategik Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti dan Ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Seramai 1,000 orang akan menonton melalui pautan aplikasi zoom mewakili wanita dari 45 pejabat daerah seluruh negeri, penjawat awam Sarawak dan ahli-ahli pertubuhan wanita Sarawak,” katanya.

Antara yang turut berlangsung ialah Penyampaian Anugerah Tokoh Wanita Hari Wanita 2024 iaitu Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib, Anugerah Premier Sarawak Kepimpinan Wanita, Anugerah Premier Sarawak Keusahawanan Wanita, Anugerah Premier Sarawak Penggiat Sosial Wanita,  Anugerah Premier Sarawak Pencapaian Khas dan Anugerah Premier Sarawak NGO Cemerlang.

“Kementerian melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak pada tahun ini sekali lagi akan menerbitkan sebuah buku sebagai usaha menghargai wanita Sarawak yang telah memberi sumbangan yang berharga dalam bidang inovasi dan teknologi.

“Buku yang menampilkan 26 personaliti wanita ini akan dilancarkan pada 3 Ogos  di Kuching bersempena dengan sambutan Hari Wanita 2024 (HW24) diharap dapat memberikan inspirasi kepada wanita Sarawak serta generasi muda dalam sentiasa memartabatkan semangat dan keyakinan untuk maju ke hadapan dalam bidang ini,” katanya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Semua projek perhutanan perlu lengkapkan audit pematuhan alam sekitar
Next: Indeks Kesejahteraan Sosial Sarawak pada tahap sederhana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.