Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hari pertama Bazar Ramadan Satok meriah
  • TEMPATAN

Hari pertama Bazar Ramadan Satok meriah

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Suasana meriah menyelubungi Bazar Ramadan Satok 2025 pada hari pertama pembukaannya, dengan pengunjung membanjiri kawasan bazar bagi ‘menyerbu’ juadah berbuka puasa.

Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, bazar tersebut berlangsung bermula hari ini hingga 30 Mac ini dengan menyediakan 94 gerai yang menawarkan pelbagai jenis juadah makanan dan minuman.

“Bazar ini merangkumi 72 gerai makanan, 18 gerai minuman dan 4 gerai panggang. 

“Kami ingin memastikan bahawa peniaga yang terpilih mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

“Semua peniaga wajib menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan vaksinasi typhoid bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual,” katanya semasa majlis perasmian Bazar Satok 2025, hari ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dato Hilmy Othman dalam ucapannya turut menggesa para peniaga untuk mematuhi standard kebersihan dan keselamatan makanan. 

“Kami ingin menjamin kesejahteraan dan kesihatan pengunjung apabila mereka membeli juadah berbuka puasa.

“Pengunjung diminta untuk melaporkan sebarang jualan makanan yang tidak memenuhi standard kesihatan dan sekiranya ada peniaga yang menjual makanan yang meragukan, sila berhubung dengan pihak DBKU atau Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kami juga berharap orang ramai dapat membantu memastikan pergerakan trafik tidak terganggu sepanjang bazar ini berlangsung,” jelasnya.  

SEKITAR suasana di Bazar Ramadan Satok pada hari pertama di Kuching, hari ini. Foto UKAS

Dalam usaha menjaga kebersihan, Hilmy turut menegaskan bahawa peniaga perlu menguruskan sisa makanan dengan baik bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan serta mencemarkan persekitaran.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berharap agar penganjuran bazar tersebut dapat membantu meningkatkan ekonomi peniaga kecil dengan membuka peluang bagi usahawan kecil untuk menjana pendapatan dalam suasana yang lebih teratur dan selesa.

DBKU juga menggesa semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan bazar tersebut berjalan lancar dan memberikan pengalaman terbaik kepada peniaga serta pengunjung.

Perasmian bazar tersebut turut menyaksikan pengagihan sumbangan kepada golongan asnaf serta penyerahan topi dan apron kepada peniaga sebagai simbolik perasmian bazar.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Bazar Ramadan DBKU TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi kunjungi Bazar Ramadan Stutong
Next: Teruja cari rezeki di Bazar Ramadan Satok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.