Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hari jadi TYT disambut meriah
  • TEMPATAN

Hari jadi TYT disambut meriah

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN … Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan yang lain bergambar kenangan sempena Majlis Smbutan Hari Lahir ke-84 TYT di Dataran Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, semalam.

KUCHING: Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sempena Sambutan Hari Lahir beliau ke- 84 di Dataran Dewan Undangan Negeri Sarawak, pagi semalam.

KKU tersebut terdiri daripada seramai 103 anggota lain -lain pangkat dan tiga pegawai dari Battalion ke -13 Rejimen Askar Melayu Diraja yang di ketuai oleh Mejar Mohd Safiq Jamaluddin.

Pasukan ini diringi oleh pancaragam gabungan 1 Division Infantri Malaysia dengan kekuatan seramai 50 anggota diketuai oleh PWII Mohamad Suffian Abdullah.

Antara kemuncak majlis ialah upacara simbolik sambutan perayaan hari lahir Tun Pehin Sri Abdul Taib serta persembahan-persembahan  dan juga tarian kebudayaan Negeri Sarawak.

Terdahulu, ketibaan Tun Pehin Sri Abdul Taib dan Toh Puan Rahgad di Dataran disambut oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian serta dan Datin Sri Enn Ong Siok Ean, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dan Panglima Medan Timur Leftenan General Datuk Zakaria Yadi serta isteri.

Kemudian, tembakan das mariam dan terbang  lalu empat  buah helikopter menandakan ketibaan beliau.

Selepas itu, Tun Taib naik ke atas pentas khas dan menerima Tabik Hormat Di Raja.

Selepas itu,  lagu Ibu Pertiwiku dimainkan diikuti dengan Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.

Kemudian Tun Pehin Sri Abdul Taib kembali ke pentas diikuti dengan bacaan doa oleh Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi, Imam Besar Negeri Sarawak.

Setelah itu,  persembahan kebudayaan daripada Kampung Budaya Sarawak berjudul -Wonderful  Sarawak dan A Celebration oleh the Dance Academy. Turut hadir Timbalan – Timbalan Ketua Menteri, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nasar, Menteri – menteri dan Menteri- menteri muda serta ketua – ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Libatkan diri dalam pertanian moden
Next: Beri Sarawak autonomi pendidikan sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.