Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hargai jasa petugas barisan hadapan
  • TEMPATAN

Hargai jasa petugas barisan hadapan

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANG PENGORBANAN… Michael Kong mengagihkan biskut Raya kepada petugas barisan hadapan di sekitar Kuching.

KUCHING: Menjelang sambutan Aidilfitri yang kian menghampiri, Penolong Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Michael Kong menzahirkan penghargaannya kepada petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah demi memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

Beliau berkata, golongan yang berdedikasi berkenaan tetap menjalankan tugas mereka, meletakkan kebajikan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri walaupun semasa perayaan.

Sebagai tanda penghargaan, beliau bersama pasukannya mengagihkan biskut Raya kepada beberapa balai bomba, balai polis dan pejabat kesihatan.

Antaranya termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Batu Lintang dan Padungan, Balai Polis Padungan, MJC, Sungai Maong, Kota Sentosa serta Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

“Sebagai wakil DAP, kita akan terus menyokong dan menghargai petugas barisan hadapan, memastikan usaha mereka sentiasa diiktiraf dan dihargai,” ujarnya.

OLEH CONNIE CHIENG

Continue Reading

Previous: Empat daripada 16 jambatan telah siap
Next: Pemakaian lencana Jalur Gemilang: Disambut positif, semarak patriotisme

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.