Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hanoi kota paling tercemar di dunia – AirVisual
  • GLOBAL

Hanoi kota paling tercemar di dunia – AirVisual

Utusan Sarawak 4 months ago

Keadaan pencemaran udara di Hanoi, hari ini. - Foto AFP

ISTANBUL: Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia, hari ini, lapor Agensi Anadolu (AA).

Data daripada penyedia bebas angka pencemaran udara global, AirVisual, menunjukkan kepekatan PM2.5 di udara kini ‘13.2 kali’ lebih tinggi berbanding nilai panduan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

PM2.5 mengukur tahap zarah kecil berbahaya dalam udara.

Berikutan kualiti udara berada pada tahap ‘tidak sihat’, indeks kualiti udara (AQI) bertukar menjadi warna coklat dengan bacaan setinggi 309 di beberapa lokasi.

AQI mempunyai julat antara sifar hingga 500 – dengan angka lebih tinggi menunjukkan tahap pencemaran dan kesan kesihatan yang lebih serius.

Sehubungan itu, AirVisual menasihati penduduk di Hanoi supaya mengelak bersenam di luar rumah, menutup tingkap bagi menghalang udara luar yang tercemar, serta memakai pelitup muka ketika berada di luar. – Bernama-AA

Continue Reading

Previous: UK siap sedia hadapi salji lebat, hujan berais selepas catat suhu -5c
Next: Nahas pesawat Jeju Air: Polis serbu lapangan terbang Muan untuk hari kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.