Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Han Duck-soo sah bertanding jawatan Presiden Korea Selatan
  • GLOBAL

Han Duck-soo sah bertanding jawatan Presiden Korea Selatan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
HAN Duck-soo ketika sidang medai di Seoul.

SEOUL: Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck-soo pada Jumaat mengumumkan pencalonannya untuk jawatan presiden, berjanji hanya akan berkhidmat selama tiga tahun bagi melaksanakan pembaharuan Perlembagaan dan menggunakan kepakaran ekonomi beliau bagi menangani krisis perdagangan negara itu.

Pengumuman itu dibuat di Parlimen, sebulan sebelum rakyat Korea Selatan mengundi pada 3 Jun untuk memilih pengganti Presiden Yoon Suk Yeol yang telah disingkirkan melalui proses pendakwaan, lapor agensi berita Yonhap,

“Saya memutuskan untuk mencari sesuatu yang boleh saya sumbangkan demi masa depan Korea Selatan yang saya cintai dan untuk kita semua. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya presiden akan datang,” katanya pada sidang media.

Beliau menggariskan tiga ikrar utama, bermula dengan usaha segera untuk meminda Perlembagaan.

Sebagai negarawan berpengalaman, Han pernah berkhidmat sebagai perdana menteri di bawah pemerintahan kerajaan liberal dan konservatif, serta pernah menjadi duta Korea Selatan ke Amerika Syarikat. — Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: PRU2025 Singapura: Lebih 2.75 juta pengundi tentukan hala tuju baharu negara
Next: Indonesia hantar kumpulan pertama jemaah Haji ke Arab Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.