Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hakim tetapkan Mac 2024 tarikh bicara Trump
  • GLOBAL

Hakim tetapkan Mac 2024 tarikh bicara Trump

Utusan Sarawak 2 years ago

WASHINGTON: Hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menetapkan 4 Mac 2024 sebagai tarikh perbicaraan bekas Presiden Donald Trump atas tuduhan cuba membatalkan keputusan pilihan raya 2020, lapor Xinhua.

Tarikh itu, sehari sebelum “Super Tuesday”, tarikh penentuan untuk memilih calon presiden daripada Republikan, dengan lebih sedozen negeri – dari California hingga Texas – akan memilih calon parti itu untuk Pilihan Raya Presiden 2024.

Dalam perbicaraan semalam, Hakim Daerah AS Tanya Chutkan menolak tarikh perbicaraan pada 2 Januari yang dicadangkan oleh Jabatan Kehakiman dan April 2026 yang diminta oleh  peguam khas pasukan undang-undang Trump, Jack Smith.

“Penetapan tarikh perbicaraan tidak bergantung dan tidak sepatutnya bergantung kepada kewajipan peribadi atau profesional defendan,” kata Chutkan.

Trump ialah bekas presiden AS pertama yang menghadapi pertuduhan jenayah. 

Beliau telah didakwa terhadap empat kes, masing-masing dua pertuduhan oleh Jabatan Kehakiman dan pendakwa raya negeri di New York dan Georgia.

Sementara itu, sebelum ini seorang hakim New York menetapkan tarikh perbicaraan pada 25 Mac bagi kes pembayaran wang kepada seorang bintang filem lucah, manakala kes penyalahgunaan dokumen sulit selepas tidak lagi menjadi presiden, ditetapkan pada Mei 2024 di Florida.

Keputusan terbaru hakim persekutuan itu boleh memberi impak penting kepada usaha Trump untuk menawan semula Rumah Putih selain tarikh pencalonan presiden daripada Republikan. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Helikopter bawa 20 anggota marin AS terhempas di Australia
Next: Emas, senjata, wang ditemui dalam pesawat misteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.