Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hadiah wang tunai berjumlah RM6,000 menanti pemenang menghias pokok Krismas
  • WILAYAH

Hadiah wang tunai berjumlah RM6,000 menanti pemenang menghias pokok Krismas

Utusan Sarawak 8 months ago
JOM SERTAI KAMI… Pertandingan menghias pokok Krismas.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mempelawa organisasi untuk menyertai pertandingan menghias pokok Krismas ke-13. 

MPS dalam kenyataannya memberitahu, pertandingan itu akan berlangsung di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 bermula 25 November hingga 31 Disember.

“Hadiah sebanyak RM3,000 menanti pemenang tempat pertama, diikuti tempat kedua RM2,000, dan tempat ketiga RM1,000.  

“Dalam pada itu, semua peserta akan menerima sijil penyertaan dan penghargaan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan memberitahu, pertandingan terhad kepada 12 peserta sahaja dengan pendaftaran adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. 

“Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2024.

Borang boleh diemelkan ke pierceLWY@smc.gov.my atau arifsafuan@smc.gov.my. 

Sebagai alternatif, peserta boleh menghantar borang melalui faks kepada Sekretariat “Pertandingan Menghias Pokok Krismas untuk Pesta Krismas” di talian 084-320240, beralamat di Aras 23, Bahagian Perancangan Korporat, Wisma Sanyan, 96000 Sibu, Sarawak. 

Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan, organisasi boleh mengimbas kod QR yang disediakan atau melayari laman web SMC. 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat projek RTP DUN Simanggang perlu siap dalam tempoh tiga bulan
Next: Kerja naik taraf Dewan Suarah Marudi perlu disegerakan – Penguang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.